KAEDAH PEMILIHAN AJK MASJID DAN SURAU
COMMUNITY
6/19/20255 min read
Proses perlantikan AJK oleh Majlis Agama Islam Negeri bermula dengan pengisian borang permohonan rasmi yang perlu di isi oleh setiap ahli kariah yang ingin memohon jawatan sebagai AJK masjid dan surau. Pada dasarnya, sesiapa pun dari kalangan ahli kariah boleh memohon.
Ada beberapa kaedah pemilihan calon AJK masjid dan surau sebelum di hantar ke Majlis. Antara nya ialah :
1) Pemilihan didalam mesyuarat khas (terbuka), atau
2) Pemilihan secara lantikan terus (tertutup), atau
3) Pemilihan secara syura
Calon-calon yang terpilih akan mengisi borang permohonan rasmi ke Majlis Agama Islam, yang akan membuat keputusan muktamad.
Adalah di sarankan supaya pihak masjid membuat satu kajian pendapat dikalangan ahli kariah, apakah kaedah yang mereka lebih cenderung. Survey itu hendaklah di lakukan secara dalam talian (contohnya google survey), kerana kaedah survey secara dalam talian sahaja yang mudah dan cepat, terutama bila melibatkan beribu orang respondan. Respondan terdiri daripada semua ahli kariah berumur lebih dari 18 tahun lelaki dan wanita.
Pemilihan Didalam Mesyuarat Khas
Pemilihan di lakukan didalam satu mesyuarat khas atau Mesyuarat Agung tahunan kariah masjid. Jumlah AJK yang akan dilantik ialah seramai 14 orang iaitu Pengerusi dan Timbalan, Setiausaha dan Timbalan, Bendahari dan Timbalan nya, 6 orang AJK lain, dan 2 orang Pemeriksa Kira-Kira. Ada beberapa kaedah dialam proses pemilihan tersebut:
(i) Memilih semua 14 orang AJK secara demokrasi dengan menentukan jawatan masing-masing, dimulakan dengan jawatan Pengerusi dan Timbalannya, Setiausaha dan timbalan, Bendahari dan timbalan, 6 AJK, dan 2 orang pemeriksa kira-kira.
(ii) Memilih semua 14 orang AJK tersebut tetapi tanpa menentukan jawatan masing-masing. Jawatan masing-masing akan di tentukan didalam mesyuarat secara tertutup selepas mesyuarat agung itu.
(iii) Memilih Pengerusi dan Timbalan Pengerusi sahaja. AJK yang lain akan di pilih oleh bakal Pengerusi itu, dari kalangan ahli kariah.
Sekiranya, di masjid tersebut, tiada Imam lantikan jabatan agama, Imam boleh di lantik secara pungutan suara didalam mesyuarat khas tersebut, atau dilantik oleh AJK yang akan di lantik, selepas mesyuarat agung tersebut.
Hanya ahli kariah yang berdaftar sahaja yang mempunyai hak pengundian. Pendaftaran sebagai ahli kariah dilakukan sebaik sahaja seseorang itu mula menetap atau tinggal di dalam kariah masjid, dan tidak lewat dari beberapa hari sebelum mesyuarat pemilihan bermula.
Calon-calon di cadangkan oleh seorang pencadang dan di sokong oleh seorang penyokong. Pencadang atau penyokong mesti menyertakan maklumat latarbelakang calon seperti pekerjaan, pengalaman pentadbiran, justifikasi pencalonan nya, dan sebagainya. Pencalonan yang tidak menyertakan maklumat latarbelakang calon akan di tolak.
Mesyuarat di pengerusikan oleh salah seorang ahli kariah, di bantu oleh beberapa orang ahli j/kuasa sementara.
Mesyuarat boleh di lakukan secara fizikal atau secara dalam talian (video conference). Secara fizikal, mesyuarat di jalankan di dalam dewan mesyuarat masjid. Pengundian di jalankan samaada dengan cara angkat tangan atau dengan mengisi borang pemilihan (ballot form). Bagi kaedah (iii), ia lebih mudah di lakukan secara dalam talian.
Keputusan di umumkan setelah selasai sahaja proses pengiraan undi. Keputusan yang di umumkan bergantung kepada kaedah pemilihan yang di gunakan samaada (i), (ii) atau (iii) di atas.
Mesyuarat boleh di jalankan secara menggunakan google meet, zoom, atau sebagai nya. Pengundian di jalankan secara angkat tangan, atau apa-apa kaedah yang sesuai, yang terdapat didalam apps tersebut. Dalam kaedah ini, isu mengenai ramai nya ahli kariah yang hanya menyertai pengundian secara suka-suka, agak sukar untuk di elakkan. Satu cara yang munkin boleh di lakukan ialah dengan menghadkan pemberian “link” hanya kepada Jemaah masjid sahaja (munkin hanya 50 orang sahaja), bukan kepada semua ahli kariah.
Satu lagi cara untuk memastikan mereka yang serius sahaja yang akan hadir didalam mesyuarat tersebut, buatkan survey dahulu untuk mengetahui berapa orang yang akan hadir. Link untuk survey boleh di berikan semasa solat jumaat.
Calon AJK yang di pilih didalam mesyuarat agung khas itu akan mengisi borang permohonan rasmi untuk di hantar ke Majlis Agama Islam Negeri, untuk pertimbangan dan kelulusan.
Kelebihan kaedah pemilihan terbuka:
Dalam kaedah pemilihan secara terbuka ini, setiap ahli kariah mempunyai hak dan mendapat peluang untuk sama-sama menentukan corak pengurusan masjid. Ini dapat memberi rasa dihargai, semangat keterangkuman dan “sense of belonging” dikalangan setiap ahli kariah untuk sama-sama memeriahkan masjid milik sendiri, dengan menyertai aktiviti anjuran masjid dan solat Jemaah di masjid. Ia menjadi satu bentuk dakwah.
Kekurangan kaedah pemilihan terbuka:
Beberapa pandangan mengenai kelemahan pemilihan secara demokrasi sepenuh nya ini ialah, akan ada ramai ahli kariah, datang beramai-ramai, tanpa memahami hal berkaitan dengan pengurusan masjid, dan tidak mengenali calon yang akan di pilih. Mereka datang dan mengundi secara suka-suka sahaja, terutama . Untuk menambahbaik sistem itu, mesyuarat boleh di jalankan selepas solat Isya’.
Kemunkinan juga akan ada berlaku kempen oleh kumpulan-kumpulan tertentu yang mempunyai pendirian yang berbeza. Ini akan memecahbelahkan perpaduan kariah masjid. Ini merupakan salah satu sebab kenapa masjid-masjid di beberapa negeri tidak mengamalkan pemilihan secara demokrasi sepenuhnya.
Pemilihan Secara Lantikkan Terus
Dalam kaedah ini, iklan jawatan AJK dan pemakluman permohonan jawatan AJK baru dari Majlis Agama Islam Negeri, tidak di umum kan kepada ahli kariah. Kebiasaannya, beberapa orang jemaah masjid membentuk satu kumpulan kabinet bayangan, dengan sudah di tetapkan nama untuk setiap jawatan. Mereka mengisi borang permohonan, dengan menyatakan jawatan yang di pohon, dan di hantar ke Majlis Agama Islam. Majlis Agama Islam akan terus menerima permohonan tersebut dan membuat surat lantikan. Walaubagaimanpun, sekiranya ada lebih dari satu kumpulan kabinet bayangan yang menghantar permohonan, ia menjadikan agak sukar untuk Majlis Agama untuk memproses permohonan itu.
Kelebihan
Kelebihan sistem ini ialah, is tidak perlukan mesyuarat agung khas untuk proses pemilihan calon. Banyak masa dan kos dapat di jimatkan, dan dapat mengelakkan perpecahan dikalanagn ahli kariah.
Kelemahan
Kelemahan kaedah ini ialah, ahli kariah tidak berpeluang untuk memohon jawatan AJK di sebabkan mereka tidak mengetahui mengenai makluman dari Majlis Agama Islam itu.Ia boleh memberikan perspektif negatif dari ahli kariah kepada calon-calon AJK tersebut, yang melantik diri mereka sendiri.
Pemilihan Secara Lantikkan Terus
Pemilihan secara syura merupakan satu kaedah yang sekiranya di laksanakan dengan baik, dapat memenuhi kehendak didalam kedua-dua kaedah pemilihan secara terbuka dan kaedah lantikan terus.
Beberapa nama di calonkan oleh samaada ahli jemaah masjid, disertakan dengan justifikasi pencalonan atau latarbelakang calon. Senarai calon itu di bawa ke j/kuasa khas pemilihan atau Majlis Syura untuk di bincangkan dan di putuskan. Ahli Majlis Syura terdiri daripada beberapa orang ahli kariah yang difikirkan mempunyai kewibawaan didalam pentadbiran masjid dan dihormati dikalangan ahli kariah iaitu :
i) Penasihat / Penaung j/kuasa masjid)
ii) Imam, bilal dan noja
iii) Pengerusi atau wakil AJK sedia ada
iv) Ketua Kampung atau wakil nya
v) Pemimpin Masyarakat di kawasan kariah (wakil guru, kelab belia, NGO dan persatuan setempat, dsb)
vi) Wakil tokoh agama dikawasan kariah.
vii) Lain-lain pihak yang di fikirkan perlu, sesuai dengan situasi budaya didalam kariah tersebut.
Keputusan di capai melalui perbincangan syura, suara majoriti, atau kaedah yang di setujui bersama didalam Majlis itu.
Setelah Keputusan di capai, calon AJK yang di pilih oleh syura itu mengisi borang permohonan rasmi untuk di hantar ke Majlis Agama Islam Negeri, untuk peetimbangan dan kelulusan.
Ada 2 kaedah di dalam pemilihan senarai calon untuk dibawa ke Majlis Syura:
i) Senarai nama calon di pilih oleh Majlis Syura sendiri, atau
ii) Senarai pendek dari pungutan suara yang di jalankan seperti didalam kaedah 1(i).
Kaedah (ii) itu adalah lebih mesra kariah kerana ia masih memberi hak kepada ahli kariah utk bersama-sama terlibat didalam menentukan pengurusan masjid mereka. Perlu di ingat bahawa, Majlis Syura tidak semestinya menggunakan hasil analisa pengundian itu, kerana pengundian itu hanyalah satu proses untuk memberi indikasi yang menunjukkan pola populariti calon. Majlis Syura mempunyai kredibiliti yang tinggi didalam menilai hasil kajian pendapat atau pengundian itu.
Dari segi analisa hasil undian pula, walaupun hak mengundi terbuka kepada semua yang berumur > 18 tahun, ada dua kaedah analisis:
i) Kaedah porata:
berdasarkan 1 kepala 1 undi, atau,
ii) Kaedah pemberat:
Dua faktor harus di ambilkira iaitu faktur umur dan faktur keakraban masjid. Undi dari pengundi yang berumur < 21 tahun munkin mempunyai pemberat yang kurang dari undi yang lain. Undi dari ahli jemaah tetap masjid munkin boleh di pertimbangkan untuk mempunyai pemberat yang lebih sedikit dari pengundi ahli kariah umum. Ini terpakai samaada untuk lelaki atau perempuan.
Untuk maklumat lanjut dan bantuan mengenai proses pungutan suara secara online dan kaedah analisis data secara sistematik, anda boleh hubungi penulis

